Motif aku nak share minat aku tentang
fotografi, dan…kebolehan sikit-sikit yg ada untuk mentafsir gambar aku snap ni.
Telinga tak pasti bunyi apakah itu
Yg pasti ianya sunyi
Kaki berlari mencari ruang lain
Yang pasti ruang ini sepi
Mata melihat segenap posisi mencari insan
lain
Yang pasti dia kini keseorangan
Badan dan minda dah tak keruan
Yang pasti terasa ada kebencian
Kebencia bila bersendirian
Pasrah
Gadis itu terduduk
Terdiam tersandar
Pada dinding biru yang kaku
Yg ternyata dia kesepian, kesunyian dan
keseorangan
Puas mengawal perasaan
Puas melirik senyuman
Walau hanya senyuman palsu
Puas membiarkan matanya menjadi jendela
pada hatinya
Dia lirikan matanya ke posisi sisinya
Dengan harapan tiada siapa tahu
Kesepian itu merembat hatinya lagi.
Bagi sesiapa yg berminat, korang still got
time to join contest ni.
Sila-silakan okey.
Apeapepun, thanks sebab sudi membaca dan
melihat hasil entry aku kali ni.
Peace ya!
No comments:
Post a Comment