04 January 2011

Harapan

Perlukah aku mengharap
Jika seolah-olah sudah ada titik noktah disitu
Perlukah aku terus mengharap
Jika aku masih percaya ketentuanNYA
Perlukah aku pasrah
Jika aku masih terus mempercayai keESAan-NYA
Perlukah aku sedih
Jika apa yang tersurat buatku belum ditakdirkan
Buntu kerana aku begitu berharap
Berharap kerana hanya pada-NYA
Aku sandarkan segala kesudahan
Jika langkah ini terhenti
Ia belum bermakna aku berhenti dari berharap
Selagi oxygen yang aku sedut untuk bernafas
Selagi itu aku akur Keagungan-NYA
Kutadahkan kedua telapak tangan ku
Ku lafazkan dalam hati dan bibirku
Ku ekspresikan raut wajah ku
Kerna hanya-MU Ya-ALLAH
Tuhanku yang Maha Penyayang

No comments:

Post a Comment